Derapan tapak kaki yang laju milik Qayra mulai menuju ke wad VIP. Qayra berasa teruja sekali. Sudah seminggu dia merawat Adhwa dan dia dapat merasakan perubahan pada jejaka itu. Adhwa kini sudah mulai mesra dengannya. "Adhwa, ada rasa sakit di mana-mana? dah makan belum?" bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Qayra. Adhwa tersenyum kecil. Mereka saling bertatapan. Saling terpanar. Seketika kemudian, lamunan mereka dimatikan dengan kedatangan Ryu. ***************************************** "Wah, macam orang yang sedang dilamun cinta dah kau!" usik Sarjan Ryu. Adhwa kemudian mencapai bantal dan melemparkannya ke muka Ryu. "Jangan nak mengarut, kenapa datang sini?" soal Adhwa. Sebenarnya dia dapat mengagak kedatangan sahabatnya itu pasti ada kaitan dengan geng Lotus. "Adhwa, Lotus dah mula mengganas sekarang. Bahagian penyiasatan dapati Lotus telah merompak vaksin jenis AZ sewaktu lori yang membawa vaksin sedang dalam perjalanan ke Pahang" balas Ryu seraya menyerahkan fail berisi maklumat berkenaan kepada Adhwa. ************************************* "Adhwa, Adhwa...Oh lupa, kapten Adhwa, aku ada 'barang' baik kat sini. Nak dengar tak?" "Adhwa jangan datang sini, bahaya! Arghh" "Kau dah dengar kan suara Dr.Qayra. Cantik, tapi sayang bakal 'diratah' nanti. Kalau kau lambat, mungkin aku akan biar anak-anak buah aku puas malam ini. Rezeki patut dikongsi kan" Aaron di corong telefon kemudian ketawa sepuas-puasnya. Antara rakan dan cinta hatinya, mana yang perlu dia selamatkan dahulu? Adakah nyawanya bakal dipertaruhkan demi melindungi orang tersayang?
6 parts